Kepentingan Konservasi dan Potensi Eko Pelancongan dalam Pengurusan Hutan Simpan Kekal

art-407-01

Dari aspek konservasi, kawasan Hutan Simpan Kekal (PFE) memainkan peranan yang penting dalam konservasi flora dan fauna terutama yang terdapat di luar kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).

Demikian menurut Pengarah Hutan Sarawak, YBhg Datu Hamden bin Haji Mohamad ketika merasmikan Bengkel Pengurusan Hutan Simpan kekal Sarawak 2020 pada 25 Ogos yang lepas.

Jelas beliau, sebagai rekod, sebahagian besar daripada daripada 116 kawasan PFE yang telah diwartakan, kebanyakan kawasan ini amat penting untuk dipulihara kerana dipercayai mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Ini bermakna kawasan PFE turut mempunyai eleman yang sama dengan kawasan TPA bagi menarik tumpuan bagi melaksanakan aktiviti seperti perkelahan, pengembaraan dan sebagainya.

Kawasan PFE jelas beliau, yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna serta nilai estetika yang tinggi perlulah di terokai dengan sebaiknya melalui aktiviti penyelidikan bersepadu.

Usaha ini boleh membantu Jabatan Hutan Sarawak untuk membangunkan kawasan ini terutama melalui aktiviti eko-pelancongan, selain pada masa akan datang, melihat kawasan PFE diwartakan bagi tujuan hutan rekreasi yang akan menjana sumber pendapatan selain daripada aktiviti pembalakan.

Malah, menurut beliau usaha konservasi juga turut dilaksanakan melalui inisiatif restorasi lanskap hutan (FLR) terutama di kawasan-kawasan hutan yang terosot.

Untuk rekod, kawasan pertama yang diwartakan sebagai PFE di Sarawak ialah Semenggoh Forest Reserve pada 15 November 1920. Walau bagaimanapun, disebabkan kepentingannya yang tersendiri, kawasan ini diwartakan sebagai Semenggoh Nature Reserve. Namun begitu, kawasan ini kemudian telah dijadikan sebagai kawasan TPA sepenuhnya pada 17 Februari 2000.

Rekod juga menunjukkan bahawa Jabatan Hutan Sarawak pernah mewartakan kawasan seluas 5,647,719 hektar sebagai kawasan PFE. Walau bagaimanapun keluasan ini telah berkurangan atas tuntutan pembangunan.

Sehingga kini, hanya terdapat 3,964,880 hektar sahaja kawasan PFE dengan Limbang Protected Forest merupakan kawasan PFE yang terakhir diwartakan iaitu pada tahun 2002.

Tidak dapat dinafikan bahawa, kawasan PFE merupakan penyumbang utama pendapatan negeri Sarawak yang diperolehi melalui aktiviti pembalakan dan industri perkayuan.

Industri-industri ini telah banyak memberi sumbangan dari segi sosio-ekonomi kepada penduduk tempatan seperti menyediakan peluang-peluang pekerjaan, rangkaian perhubungan melalui pembinaan jalan-jalan balak serta menyediakan kemudahan asas yang lain seperti klinik dan sebagainya terutama di kawasan pedalaman.

Bukan itu sahaja, PFE yang telah diwartakan juga turut memberi banyak manfaat yang tidak ternilai sebagai kawasan tadahan air, sumber makanan penduduk setempat, ecosystem services serta pelbagai lagi intangible value.

Atas tuntutan keperluan tersebut juga, memang bertepatan penganjuran  bengkel selama dua (2) hari bagi memperkasakan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam PFE.

Bengkel anjuran bersama oleh Bahagian Bahagian Pewartaan dan Konservasi CCD, Bahagian Reforestasi dan Hutan Industri (RIFD) serta Bahagian Perhutanan Sosial (SFD), Jabatan Hutan Sarawak adalah bermatlamat untuk membincangkan justifikasi pewartaan PFE,  mengkaji semula borang inquiry into claim, menyediakan Format laporan kerja lapangan yang seragam, membincangkan Garis Panduan serta proses Excision dan Revocation.

Selain itu, ia turut membincangkan Isu-su Pencerobohan dan permasalahan PFE dan penyelarasan aktiviti-aktiviti berkaitan PFE di antara bahagian-bahagian berkaitan dalam Jabatan serta pejabat-pejabat hutan wilayah terutamanya yang melibatkan penandaan sempadan, FLR, perhutanan sosial dan sebagainya.

Comments are closed.