Perhimpunan rasmi dan sosial dibenarkan kapasiti 50 peratus

art-408-01

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memutuskan bagi perhimpunan orang ramai, kehadiran dibenarkan adalah hanya 50 peratus mengikut saiz ruang majlis dan penjarakan fizikal

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Douglas Embas berkata  arahan tersebut akan berkuatkuasa pada 25 Ogos 2020.

Menjelas lebih lanjut, menurut beliau majlis sosial dan rasmi yang melibatkan perhimpunan orang ramai dibenarkan 50 peratus mengikut saiz dan penjarakan fizikal.

Sebagai contoh, sekiranya ruang majlis tersebut boleh memuatkan seramai 1,000 orang tetamu, maka kehadiran yang dibenarkan adalah 50 peratus daripada jumlah iaitu 500 orang.

JPBNS sebelum ini memutuskan jumlah peserta perhimpunan dihadkan kepada 250 orang sahaja.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan laporan harian Covid-19 di Dewan Undangan Negeri Lama di Kuching.

Comments are closed.