Pustaka Negeri Sarawak, koordinator perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC

02

Pustaka Negeri Sarawak telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi koordinator kepada 42 perpustakaan di bawah Projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC).

Menurut kenyataan media Pustaka Negeri Sarawak, daripada 42 perpustakaan tersebut sejumlah 20 perpustakaan tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak semasa International Digital Economy Conference Sarawak (IDECS) yang akan diadakan pada 7 Oktober 2020 kelak.

Projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC) adalah bermatlamat untuk menyediakan platform perkhidmatan dan sokongan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), memperkasakan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat, menawarkan pembangunan bekalan kepada pengusaha tempatan dan mempertingkatkan kesedaran dan ketersediaan digital untuk keperluan semasa dan masa hadapan

Sehubungan itu, baru-baru ini, satu lawatan tapak di beberapa buah Perpustakaan Komuniti untuk projek Sarawak Digital Communication Centre (DCC) telah diadakan melibatkan Pustaka Negeri Sarawak bersama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri – Persekutuan dan Pemantauan Projek), YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Binti Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit, Pengarah, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)  Dr. Haji Morshidi Bin Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak, Dr. Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak

Antara perpustakaan yang telah di lawat ialah Perpustakaan Komuniti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Kampung Pinang Jawa Gita, Kuching, Perpustakaan Komuniti DBKU, Darul Hana Patingan, Kampung Patingan, Jalan Ajibah Abol, Kuching, Perpustakaan Komuniti Bilik Gerakan Gabungan, Kampung Semerah Padi Fasa 1, Jalan Semariang, Kuching dan Perpustakaan Komuniti Pusat Sumber Kemas, Kampung Semariang Batu, Kuching

Turut hadir bersama untuk menjayakan lawatan tapak ini adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua-Ketua Sektor, Pustaka Negeri Sarawak, Pegawai daripada Sarawak Multimedia Authority (SMA), Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Comments are closed.