Inisiatif Kerajaan Bantu Usahawan Ke Arah Digitalisasi

art-418-01

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp. Malaysia telah dipertanggungjawabkan sebagai peneraju salah satu teras di bawah Pelan Halatuju Strategik eDagang Kebangsaan (NESR) yang bertujuan mempercepatkan penerapan eDagang di kalangan usahawan.

Bagi  tempoh  2016  sehingga  31  Mei  2020,  sebanyak  322,  834  PKS  telah  menyertai platform  eDagang  manakala  sebanyak 171,776  PKS  telah  menghadiri latihan  melalui pelbagai program daripada rakan strategik eDagang, persatuan dan agensi kerajaan.

Sektor  Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)  menyumbang  sebanyak  RM  267.7  billion  atau  18.5  peratus  kepada komponen  keluaran  dalam  negeri  kasar  (KDNK)  bagi  tahun  2018.  Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan oleh SME Corp. Malaysia mengenai adaptasi ICT di kalangan PKS, terdapat peningkatan dari segi penglibatan PKS dalam perniagaan di atas talian iaitu sebanyak 26 peratus kepada 37 peratus pada tahun 2018.

Bagi  tahun  2019,  penyertaan  PKS  dalam  perniagaan  di  atas  talian  adalah  sebanyak 35.3  peratus.  Sehingga  31  Januari  2020,  sebanyak  276,176  entiti  telah  berdaftar sebagai perniagaan di atas talian melalui pendaftaran di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan kajiselidik Digital PKS Malaysia 2018 yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia  dan  Huawei  Technologies  Malaysia  Sdn  Bhd,  majoriti  PKS  menggunakan komputer dan internet sebagai medium operasi perniagaan.

Kajiselidik   tersebut juga   mendapati   bahawa   PKS   masih   menghadapi   masalah   untuk menambahbaik operasi perniagaan daripada pengkomputeran ke digitalisasi.

Keadaan ini berlaku disebabkan PKS menghadapi isu dari segi kos, teknologi, infrastruktur dan kemahiran penggunaan digital dalam operasi syarikat.

Walaupun  terdapat  peningkatan dalam  jumlah  penyertaan  usahawan  PKS  dalam platform  pendigitalan,  namun  jumlah  peratusan  usahawan  PKS  yang berpindah kepada platform eDagang ini masih boleh dipertingkatkan lagi, terutamanya usahawan-usahawan PKS di kawasan luar bandar dan usahawan yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

MEDAC juga telah menyediakan pelbagai kursus dan program berkenaan pendigitalan perniagaan   kepada   usahawan-usahawan   yang   berminat   untuk   mengembangkan perniagaan  atau  bertukar  konsep  perniagaan  mereka  sedia ada kepada  platform eDagang.

Agensi-agensi seperti INSKEN, SME Corp serta Institut Koperasi Malaysia (IKM) telah menyediakan pelbagai program dan kursus secara dalam talian.

Bagi membantu lebih ramai usahawan dalam aplikasi digital, SME Corp. Malaysia telah menjalankan program antaranya Program Micro Connector –Warong Rider merupakan platform servis penghantaran makanan dan barangan yang dapat membantugolongan belia, peniaga dan    penjaja kecil di seluruh  Malaysia  bagi  memasarkan pelbagai produk di kawasan setempat. Seramai 3,000 rider dijangka dapat dilahirkan di bawah program ini.

Seterusnya program Women Netprenuer –Sesi Bengkel bagi  membantu  dan  menggalakkan golongan  wanita  untuk  menjalankan  perniagaan  dalam  talian.  Seramai 1,592 (dari 2017 hingga 2019) wanita telah mendapat  manfaat daripada bengkel tersebut.

Selain itu, Program Micro  Connector yang sehingga  kini  sebanyak  201  syarikat  mikro telah  mendapat  manfaat  melalui  latihan  penggunaan  applikasi  digital dalam operasi perniagaan.

Untuk  mengadaptasi  ekonomi  digital  secara   menyeluruh,  PKS   mesti   melakukan kejuruteraan semula (re-engineering) perniagaan dengan memastikan strategi, proses dan   infrastruktur   perniagaan   mereka   sejajar   dan   bersepadu   untuk   menyokong transformasi digital.

Memanfaatkan penggunaan ICT ia berupaya untuk  menggandakan pertumbuhan PKS bukan sahaja melalui peningkatan dalam kecekapan dan produktiviti, tetapi juga dalam memperluas jangkauan pasaran mereka.

Comments are closed.