Meneroka Kerjaya Menarik Dalam Bidang Digital

art-433-01Influencer media sosial antara kerjaya dalam bidang digital yang popular masa kini

Kerjaya dalam bidang digital semakin menjadi dambaan malah sudah terbukti mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda berbanding kerja makan gaji.

Lima (5) contoh kerjaya digital yang boleh diceburi ialah Influencer Media Sosial, Gamer Profesional, Pereka Aplikasi, Jurutera Robotik dan Juruterbang Dron.

Bagi mereka yang mempunyai jiwa seorang pekerja bebas (freelancer), kerjaya sebagai influencer media sosial adalah pilihan terbaik untuk menjana pendapatan.

Jika diperhalusi, laman media sosial bukan lagi menjadi tempat untuk bersosial semata-mata, sebaliknya ia telah membuka peluang kepada semua orang untuk menjana pendapatan sampingan atau pendapatan sepenuh masa.

Apa yang penting ialah mempunyai minat, memiliki telefon pintar dan mencipta pengaruh di media sosial seperti Instagram (IG), Facebook (FB) atau Twitter.

Kerjaya sebagai ‘Gamer Profesional’ pula memerlukan komitmen sepenuh masa untuk menjalani sesi latihan dan menghabiskan masa di depan komputer namun, ia boleh menjana pendapatan berjuta-juta ringgit jika tepat pada masanya.

Bidang pereka aplikasi turut membuka peluang pekerjaan kerana sesiapa sahaja boleh menjadi pereka aplikasi tidak kira anda masih bersekolah ataupun sudah bersara.

Pelbagai sumber di internet seperti Apple’s Developer Program boleh diperolehi dengan mudah untuk memulakan aplikasi anda sendiri.

Merujuk statistik, terdapat lebih 3.8 juta aplikasi di Google Play dan lebih 2 juta aplikasi di Apple App Store telah dicipta malah, 60,000 aplikasi baharu ditambah setiap bulan dan semua ini telah dicipta oleh pereka aplikasi.

Jurutera Robotik pula bertanggungjawab untuk mereka dan mencipta robot atau sistem robotik yang boleh melakukan perkara yang sukar atau tidak dapat dilakukan oleh manusia.

Kerjaya sebagai Juruterbang Dron pula mungkin boleh menjadi pilihan kedua buat individu yang telah gagal ujian penglihatan untuk menjadi juruterbang.

Setiap hari, pelbagai industri mula menggunakan khidmat drone untuk menjalankan operasi seperti pemantauan, produksi filem dan sebagainya dan tugas sebagai juruterbang drone hanya mengawal operasi dron.

Comments are closed.