Membela Nasib Golongan Miskin di Sarawak

art-452-01PPRMS inisiatif menyediakan kediaman yang lebih selesa untuk golongan yang memerlukan

Kerajaan Sarawak terus konsisten dalam memberi khidmat kepada rakyat melalui pelbagai projek pembangunan termasuk program pembasmian kemiskinan yang terus diberi perhatian dalam usaha membela nasib golongan miskin di negeri ini.

Setiap program dan projek khas yang dirancang untuk golongan tersebut dilaksanakan dengan lebih teliti bagi memastikan ia mencapai objektif dan sampai kepada golongan sasaran.

Pelbagai strategi membasmi kemiskinan telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuk meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan khidmat sosial, meningkatkan pendapatan dan produktiviti dengan pemberian bantuan modal, teknologi, prasarana, latihan dan sebagainya.

Selain itu, kerajaan juga melaksanakan inisiatif membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan mobiliti golongan miskin untuk keluar dari sektor produktiviti rendah kepada sektor produktiviti tinggi.

Di bawah inisiatif Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, salah satu inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS).

PPRMS telah bermula pada 2018 sebagai inisiatif membantu golongan miskin atau yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman yang lebih selesa.

Di bawah PPRMS, kategori baik pulih rumah adalah dari segi atap, dinding, siling, lantai, dapur, tandas, tangga dan lain-lain.

Pelaksanaannya dilakukan secara bergotong-royong dengan kos pembaikan bagi setiap rumah adalah sekitar RM5,000 hingga RM15,000 berdasarkan keperluan baik pulih.

Kaedah pemilihan PPRMS ini pula adalah berdasarkan kepada mereka yang mempunyai rumah yang uzur dan daif serta tidak selamat didiami, ibu tunggal yang tidak berpengalaman, golongan mualaf dan golongan asnaf.

Sejak diperkenalkan sehingga hari ini, PPRMS telah banyak memberi manfaat terutama dalam mengurangkan beban rakyat miskin dan tidak berkemampuan di negeri ini.

Comments are closed.