Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kes Buli di Sekolah

art-476-01

Banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya kes buli di kalangan remaja atau kanak-kanak walaupun kita sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghentikannya.

Namun, para pakar dan penyelidik memberikan beberapa panduan tentang apa yang perlu dilakukan jika kes buli berlaku, terutama di sekkolah.

Yang pertama, kawal dan uruskan perasaan anda dengan sentiasa tenang dan tunjukkan kepada anak anda bahawa andalah yang akan menjaga keselamatan mereka.

Sama ada mereka menjadi mangsa buli atau pernah menyaksikan kes buli, pastikan ia bukan salah mereka.

Dapatkan cerita sebenar daripada anak anda dengan mengumpulkan maklumat serta catitkan butiran fakta.

Kadang-kadang, kanak-kanak tidak berani mendedahkan nama pembuli atau orang ain yang terlibat atas alasan mengambil langkah berhati-hati atau kerana takut akan dibuli dengan lebih teruk.

Cari penyelesaian secara bersama ataupun dengan pihak sekolah.

Sekiranya melibatkan kes buli siber, kumpulkan data dan ambil tangkapan skrin yang menyinggung perasaan seterusnya bantu anak anda menyekat akaun media sosial pelaku. Laporkan kes buli siber di platform media sosial yang disediakan.

Anda boleh pertimbangkan untuk mendapatkan perhatian ibu bapa kanak-kanak lain yang terlibat, walaupun tindakan anda boleh menimbulkan kontroversi kerana setiap situasi kes buli adalah berbeza.

Yang paling penting adalah kedua-dua pihak perlu mencari penyelesaian yang konstruktif.

Yang kedua, meluahkan perasaan tidak menjamin hasil yang anda mahukan, oleh itu, terimalah hakikat bahawa kadang-kadang, hanya dengan bersuara sudah memadai dan perubahan sebenar berkemungkinan datang dari arah berbeza.

Sekiranya kes buli berlaku di sekolah, besar kemungkinan anak anda bukanlah satu-satunya yang terkesan.

Anda perlu mendapat sokongan daripada ibu-bapa kanak-kanak lain yang terlibat dan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan pihak sekolah.

Apabila berbincang mengenai kes buli dengan pihak sekolah, anda perlu mengawal perasaan. Kecerdasan emosi merupakan kemampuan untuk mengawal perasaan untuk mencapai tujuan dan tujuan anda adalah untuk memastikan keselematan fizikal dan emosi anak anda.

Sekiranya boleh, lakukan pendekatan kolaboratif dan penyelesaian masalah dengan situasi menang-menang.

Sekiranya tindakan tidak diambil oleh pihak sekolah, anda perlu terus bersuara kerana undang-undang persekutuan memberikan pelajar hak perlindungan untuk belajar dalam suasana yang selamat dan selesa.

Perlu diingatkan bahawa kes buli yang melibatkan fizikal boleh dikenakan tindakan undang-undang yang sah.

Ibu bapa perlu bertindak untuk menjauhkan anak dari situasi yang tidak selamat dengan berpindah sekolah jika kes buli terus berlaku.

Yang paling penting, luangkan masa bersama anak-anak yang menjadi mangsa buli mahupun pernah menjadi saksi kes buli.

Curahkan rasa kasih sayang, sokongan serta perhatian dalam membantu anak-anak yang menjadi mangsa buli dalam proses pemulihan daripada trauma dan sebagainya.

Kasih sayang dan tindakan konstruktif anda memberi impak kepada anak-anak anda tentang mempelajari erti kehidupan serta bagaimana berdepan dengan masalah.

Comments are closed.