Inovasi, buka ruang baharu kepada penyampaian berkesan, memberikan impak kepada orang awam

art-511-01JUARA: Setiausaha Persekutuan Sarawak (3 kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kepada Kumpulan MCG PUBG 1.0 dari Jabatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sambil disaksikan oleh Azura (2 kanan) dan Banges (kiri)

art-511-02MESRA: Setiausaha Persekutuan Sarawak (2 kanan) meluangkan masa bersama pemain PUBG Mobile yang menyertai pertandingan tersebut

Inovasi dan kreativiti membuka ruang baharu kepada sistem penyampaian berkesan serta memberikan impak kepada orang awam dalam merealisasikan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Demikian menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBrs Haji Mohd Shahabuddin Bin Omar ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan PUBG Mobile yang diadakan bersempena Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2020.

Jelas beliau inovasi akan sentiasa menjadi asas kepada penjawat awam dalam mempertingkatkan lagi prestasi kerja, kualiti dan produktiviti.

Pada masa yang sama, dalam ucapan Setiausaha Persekutuan Sarawak, beliau mengingatkan penjawat awam perlu mempunyai sikap positif seperti yang ditunjukkan dalam pertandingan dengan mewujudkan semangat berpasukan dalam merancang strategi, berinteraksi dengan baik dan jelas.

Bahkan permainan tersebut juga dapat melatih minda pemain-pemain sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk berfikir dan membuat keputusan yang baik dengan pantas untuk mencapai sesuatu misi dan memenangi permainan tersebut.

Pertandingan ini diadakan pada 5 Oktober 2020 (Isnin) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang disertai seramai 17 buah kumpulan daripada 15 jabatan dan agensi Persekutuan dan Negeri Sarawak.

Pasukan Maritim telah menjuarai pertandingan PUBG Mobile yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan MAMPU Sarawak bersempena Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2020.

Kejohanan PUBG Mobile adalah milik pasukan MCG PUBG 1.0 dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sementara Naib Johan dimenangi oleh pasukan Team Rojak Genk dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pemenang tempat ketiga adalah pasukan S.O.P dari Polis Diraja Malaysia.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Azura binti Haji Sarbin dan Pengarah MAMPU Sarawak, Banges Munga.

Comments are closed.