Membuka Laluan kepada Kepakaran Asing Membangunkan Ekonomi Digital Negeri

art-516-01Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg menyampaikan ucapan penutup IDECS 2020 di Kuching pada 7 Oktober

Kerajaan Sarawak akan mempertimbang cadangan untuk memberi laluan kepada pakar-pakar digital asing dalam membangunkan ekonomi digital negeri ini.

Seperti yang dilakukan oleh Singapura, Sarawak akan mengikuti jejak negara serantau tersebut yang kini membangun dalam ekonomi digital.

Oleh yang demikian, Sarawak perlu lebih fleksibel dalam dasar-dasar berkaitan bagi membolehkan kepakaran asing terlibat sama dalam pembangunan ekonomi digital negeri.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dalam ucapan penutup beliau di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa (IDECS) 2020 di Kuching pada 7 Oktober.

Ketua Menteri bersetuju dengan panel-panel jemputan yang menyuarakan cadangan supaya Sarawak membuka pintu bagi membolehkan ekonomi digital di negeri ini berkembang ke tahap yang lebih jauh.

Beliau juga memaklumkan bahawa Sarawak perlu lebih agresif dalam membangunkan infrastruktur digital.

Selain itu, beliau turut menekankan tentang betapa pentingnya penggunaan Bahasa Inggeris sebagai ‘bahasa teknologi’ dan menggalakkan golongan muda negeri ini untuk menguasai bahasa antarabangsa tersebut tanpa mengetepikan kepentingan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Comments are closed.